Wednesday, October 7, 2009
Saturday, September 26, 2009
::....Sejarah Sekolah Kita...:::
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah telah melalui beberapa episod suka duka sehingga dapat berdiri megah ketika ini.
Permintaan kepada institusi pendidikan berasaskan agama begitu tinggi sehingga memerlukan penambahan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang baru. Pelbagai usaha dilakukan sehinggalah satu draf penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah siap dandipersembahkan untuk mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
Akhirnya segala keringat dan harapan dapat direalisasikan. Tanggal 1 JAN 1984 masih lagi terpahat di ingatan generasi pertama SMKAK, khususnya insan yang terlibat secara langsung dalam usaha penubuhannya . Sekolah Menengah Tok Jalai ( Sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Tungku Anum ) melakar sejarah pertama buat sekolah tersohor ini. Pengetua pertama yang menempa sejarah SMKAK ialah Tuan Haji Muhd Sharif bin Abd Wahab. Beliau dibantu oleh 4 orang guru.Jumlah pelajar seramai 116 iaitu 45 lelaki dan 71 perempuan. Pada tahun kedua (1985) bilangan pelajar semakin bertambah iaitu sebanyak 205 orang.
Untuk menampung pertambahan ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mendirikan dua blok asrama yang mempunyai 10 buah bilik untuk pelajar lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun bangunan yang didirikan tidak mempunyai kemudahan surau dan bilik air. Oleh itu pelajar-pelajar ini terpaksa menggunakan bilik air di bangunan sekolah dan melakukan solat berjemaah di padang sekolah. Kerapkali bekalan air terputus dan ini memaksa mereka mandi di sebatang tali air yang jaraknya 1 kilometer dari sekolah dengan ditemani oleh warden. ahun 1984 menyaksikan pertambahan pelajar yang begitu ketara.
Situasi ini tidak memungkinkan SM. Tok Jalai menanggung beban ini seorang diri. Atas dasar bantu-membantu sesama saudara, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas menyambut limpahan pelajar tingkatan empat ini. Pelajar perempuan ditempatkan di asrama yang diubahsuai di sini, manakala pelajar lelaki ditempatkan di sebuah rumah yang disewa di Taman Tabung Haji.
Pelbagai dugaan ditempuhi dalam episod ini, termasuk terpaksa berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer dari Taman Tabung Haji ke SMKKB di samping perut kosong kerana pulang lewat ke asrama. Kadang-kadang pelajar-pelajar terpaksa berjalan kaki meredah hujan dan panas kerana bas kerap kali rosak dan meragam.
Alhamdulillah , akhirnya penat lelah selama 5 tahun bergelar penumpang berakhir. Sekolah Menenah Kebangsaan Agama Kedah begitu megah berdiri bagaikan rindu menanti kepulangan perantau.
Tanggal 31 JAN 1989 masih lagi terpahat seribu kenangan. Penat lelah dengan pelbagai kepayahan menjadi sandaran ke arah membina SMKAK yang lebih baik. 1 FEB 1989 menerima kemasukan pelajar-pelajar ini. Pada malamnya satu kenduri kesyukuran diadakan sebagai melafazkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas limpahan rahmatNya ini.
Sehingga kini SMKAK begitu megah berdiri membina wawasan anak bangsa ke arah merealisasikan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Thursday, September 24, 2009
...::: MAjlis SambuTan HAri Raya dan Majlis Reunion Batch 02-06 Smkak:::....
ini adalah entry yang kali pertama dalam blog ini...
blog ini mewakili seluruh pelajar SMKAK batch 2002-2006..
tidak kisah yang keluar waktu form 4 ke...waktu form 3 ke...waktu form 1 ke...waktu form 2 ke...waktu form 5 ke...yang masuk time form 2 ker..form 4 kerr...form 5....
YANG JANJI DIA PERNAH MENJADI WARGA SMKAK DARI TAHUN 2002-2006.....
yang penting anda adalah warga SMKAK dan pernah bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan semasa di SMKAK...

PADA 24 SEPTEMBER 2009....HARI RAYA KE 5..
para pelajar batch Smkak 2002-2006 telah mengadakan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAJLIS REUNION BATCH KAMI...
alhamdulillah..program tersebut berjalan dengan lancarnya....
program ini dikatakan dikepalai oleh Bekas Ketua Pelajar 2006, Mohd Fakhrullah Bin Shamsuri dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain...
misi dan visinya tidak lain dan tidak bukan adalah khusus untuk menghubungkan SILATURAHIM yang telah terpisah sejak habis SPM 2006 sampai sekarang...alhamdulillah majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan.....
Majlis ini dihadiri oleh Pengetua SMKAK, Ustazah Bashirah binti Abd Jamil, Ustaz Anuar dan Cikgu Zakiroh...

program tersebut dirasmikan oleh Pengetua SMKAK, Ustazah Bashirah binti Abd Jamil...
dalam ucapannya...beliau ada menyebut, beliau begitu berbangga kerana batch kami dapat mengumpulkan seramai ini untuk mengadakan majlis tersebut....
diharapkan pada masa-masa akan datang...majlis-majlis seperti ini akan menjadi lebih meriah lagi.....
dan dia juga mngharapkan agar perkara-perkara sebegini dapat diadakan lagi kerana ianya dapat menghubungkan silaturahim kita dengan rakan-rakan dan juga dengan pihak sekolah termasuk juga para guru dan kakitangan sekolah SMKAK....
selepas itu.. adalah acara penyampaian duit raya oleh Ustazah Bashirah dan juga Ustaz Anuar.....
dan selepas acara penyampaian duit raya itu...barulah semua jemputan menikmati selera....

tahniah dan terima kasih kepad pihak penganjur di atas kesudian mengadakan majlis ini...
insya allah..pada entri akan datang, saya akan masukkan gambar-gambar majlis tersebut dan ahli jawatankuasa majlis tersebut agar kita sentiasa mengetahui pahit maung mengendalikan majlis...hehe
p/s : gmbr tunggu entri akan datang kerana jurukamera banyak sgt..kena kutip dulu...hehe

Subscribe to:
Posts (Atom)